....Perkara 10 pula menyatakan, baginda mempunyai kuasa eksekutif tertakluk kepada peruntukan undang-undang tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 pula menyebut, semua tindakan eksekutif yang diambil oleh kerajaan negeri Perak hendaklah disebut di atas nama Sultan.
Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12.
Baginda mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya. Ia bermaksud, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Ketetapan itu diperuntukkan dalam Perkara 16 (2) (a) dan perkara 18 (2) (a).
Dalam melaksanakan kuasa pelantikan di bawah Perkara 16 (2), Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN yang lain.
Beliau sudah pasti telah mendapat kepercayaan rakyat kerana menang pada pilihan raya menerusi proses demokrasi. Majoriti ADUN juga perlu menyokong dan memberi kepercayaan. Sultan juga melantiknya kerana yakin beliau akan mendapat kepercayaan tersebut.
Dalam keadaan di Perak pada 4 Februari lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN apabila dua ADUN-nya diminta mengosongkan kerusi.
Dengan sendirinya kepercayaan terhadap beliau terhakis kerana Nizar menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 berdasarkan kepercayaan 31 ADUN.
Jumlah itu tinggal 29 dan kemudiannya merosot kepada 28.
Apabila keadaan itu berlaku, beliau mengumumkan pembubaran DUN dan kemudian memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak itu.
Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.
Sultan perlu mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil kira permohonan itu sebagai permintaan adil bukan sahaja kepada DUN tetapi juga rakyat.
Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar.
Secara automatik kerajaan dan jemaah exconya tidak lagi berfungsi melainkan diberi mandat baru oleh rakyat pada pilihanraya baru.
Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).
....... Maka tidak timbul persoalan Perlembagaan dan undang-undang tidak dipatuhi. Apa yang berlaku pada Mac 2008 ialah Nizar menghadap dan memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat kepercayaan 31 ADUN. Sultan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar dan jawatan itu dipegangnya sehingga beliau hilang kepercayaan tersebut.
Apabila BN pula mendapat kepercayaan 31 ADUN, maka Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Menteri Besar mengikut kaedah dan peraturan yang sama bagi memenuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Malah Sultan telah berjumpa dan menemu bual semua ADUN Bebas yang secara peribadi memberi pengakuan menyokong BN untuk menerajui kerajaan Perak.
Tambahan pula Sultan telah mengambil kira keadaan politik semasa yang mana pilihan raya umum baru diadakan dan telah yakin tentang perlunya penubuhan segera kerajaan baru. Ia bertujuan untuk tidak menangguh dan melewatkan jentera kerajaan berjalan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana Sultan berkuasa dan bertanggungjawab memastikan negeri Perak dalam aman dan sejahtera.
Di sini Suara Miker sertakan sebahagian daripada surat Nizar Jamaluddin yang cuba menerangkan kepada Sultan Perak bahawa beliau masih lagi Menteri Besar walau pun beliau tahu Sultan Perak adalah jauh lebih berpengalaman dan arif di dalam segi undang-undang ini.
Di antaranya :-
....Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.
Jika kita buat perbandingan di antara artikel yang ditulis diatas dan ulasan Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak, ternyata bahawa Nizar Jamaluddin sebenarnya telah mengingkar titah Sultan dan perbuatan tersebut amat biadap dan perlu dihentikan dengan segera.
Nizar Jamaluddin telah menyalahtafsirkan Artikel XVI (6) agar tampak berpihak kepada beliau padahal ianya begitu jelas menunjukkan perogatif Sultan Perak untuk membuat keputusan akhir.
Karpal Singh yang semakin seronok mendapat publisiti murahan juga patut memberhentikan tindakan beliau itu. Realitinya, imej beliau sebagai seorang peguam telah tercalar kerana beliau sendiri pun tidak faham mengenai undang-undang.
Karpal Singh juga pernah membuat bising di negeri Perak dan mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak tidak lama dulu.
No comments:
Post a Comment