Thursday, September 3, 2009

PEMBANGKANG YANG GILA KUASA


Pakatan Rakyat terus mencetuskan kehuruharaan dan memperdaya rakyat dengan agenda dan lakonan yang cukup mantap. Semalam (2 september 2009) mereka sekali lagi telah mengadakan Sidang DUN "HARAM". Pada mulanya mereka akan mengadakan Sidang tersebut di "Bawah Pokok" tempat dimana mereka mengadakan Sidang DUN "HARAM" pada 3 mac yang lalu. Entah tiba-tiba mungkin terasa panas kot mereka mengadakan Sidang DUN di Hotel Heritage, Ipoh. Wah..mewah betul mereka ni...

Malah, mesyuarat di hotel itu dipercayai sudah diatur lebih awal kerana ballroom berkenaan menyediakan susunan tempat duduk Adun DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Barisan Nasional (BN) yang lengkap dengan tanda nama kawasan DUN masing-masing, kecuali untuk tujuh Adun BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang digantung dan tiga Adun Bebas yang didakwa sudah meletak jawatan. Sivakumar yang mempengerusikan sidang itu duduk di pentas utama, tempat paling tinggi seperti susun letak dalam Sidang DUN sebenar, manakala Adun pakatan pembangkang duduk di sebelah kanan bekas speaker itu yang biasanya dikhaskan untuk wakil rakyat kerajaan. 'Setiausaha DUN', Misbahul Masduki Munir pula duduk di depan Sivakumar, manakala Adun Pasir Panjang (Pas), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin duduk di kerusi paling dekat dengan 'speaker', tempat yang secara tradisinya dikhaskan untuk Menteri Besar. Hanya 23 Adun Pakatan Rakyat menghadiri sidang berkenaan selepas tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis, manakala Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengerjakan umrah.


Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi, suasana di hadapan Bangunan Darul Ridzuan tegang apabila Adun pakatan pembangkang tidak menghiraukan amaran polis supaya beredar dari kawasan berkenaan, sebaliknya cuba merempuh barisan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Pertikaman lidah turut berlaku antara Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan polis sehingga menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal. Berikutan itu, polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menahan Ngeh serta Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Malim Nawar, Keshvinder Sigh kerana berkelakuan agresif. Ngeh ditahan pada jam 10.04 pagi, diikuti Chan tiga minit kemudian serta Keshvinder. Jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan See Yee turut ditahan kerana cuba melanggar arahan polis yang meminta orang ramai bersurai.

Lebih 100 anggota polis dan FRU mengadakan sekatan laluan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan seawal jam 7 pagi bagi mengawal keadaan. Dua trak FRU dilengkapi meriam air, enam trak polis dan lebih lima unit peronda serta motosikal berkuasa tinggi turut ditempatkan di beberapa lokasi utama sekitar bangunan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara itu, kira-kira jam 11 pagi Mohammad Nizar dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta beberapa Adun pembangkang kelihatan tiba di bangunan FRU, Kampung Simee dipercayai bagi membebaskan tiga Adun yang ditahan polis. Keadaan sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan pula kembali tenang sekitar jam 11.30 pagi, namun polis masih meneruskan kawalan bagi menjamin keselamatan awam.

Psstt : Tahu-tahu je deme dh usulkan 7 usul, usul yang kat bawah pokok pun tak terbuat.

Tuesday, September 1, 2009

MINYAK NAIK...!!!!


Bermula 1 September 2009 kerajaan menaikkan harga runcit petroleum sebanyak 5-25 sen bagi setiap jenis minyak.
Bermula 1 September 2009 juga kerajaan mewujudkan minyak jenis Ron 95 mengantikan Ron 92 yang kurang mendapat sambutan dari masyarakat.
Berikut adalah harga minyak di pasaran :

Ron 95 = RM 1.80
Ron 97 = RM 2.05
Diesel = RM 1.70

SALAM KEMERDEKAAN KE - 52



Salam kemerdekaan ke-52 buat rakyat Malaysia.
Bersama kita mempertahankan kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran yang selama ini kita kecapi.

MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!