Saturday, February 7, 2009

DATUK DR. ZAMBRY BIN KADIR MB PERAK KE-11


Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, petang Jumaat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu dilantik Menteri Besar Perak ke 11 menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dititahkan Sultan Perak supaya melepaskan jawatan, serta merta semalam.Majlis angkat sumpah anggota Exco kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional dijadualkan Selasa depan.Turut serta di majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Terdahulu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 1,000 penyokong pembangkang yang berkumpul di sekitar Masjid Ubudiah, tidak jauh dari pintu masuk ke istana dalam usaha menghalang majlis angkat sumpah dilangsungkan.Mengulas insiden demonstrasi itu, Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu sesuatu yang memalukan bukan sahaja kepada orang Perak tetapi orang Islam.Beliau percaya, mereka yang terbabit demonstrasi sehingga sanggup baring di jalan, menendang kenderaan membawa pemimpin kerajaan serta mengeluarkan kata-kata kesat adalah orang luar yang diimport berbuat demikian

No comments: