Saturday, February 7, 2009

BIODATA MB PERAK KE-11


DATO’ DR. ZAMBRY ABD. KADIR merupakan anak jati Pulau Pangkor pertama yang diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti diberikan tanggungjawab sebagai ADUN Pangkor.

Bagi beliau, jawatan wakil rakyat adalah amanah yang dipikul untuk negara, negeri dan rakyat.

Selepas bergelar wakil rakyat, pelbagai pendekatan dan agenda telah diambil bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat terus dipertahankan.
Biodata Datuk Dr Zambry Abdul Kadir

TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

KELULUSAN AKADEMIK:
# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

PENCAPAIAN:
# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

JAWATAN:
# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)

No comments: