Tuesday, December 23, 2008

APA DAH JADI..?



Apa dah jadi dengan kerajaan Negeri Perak sekarang yang diterajui oleh YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Bin Jamaluddin dari parti PAS..
Tak pernah dibuat sebelum ini kerajaan pusat mengadakan Konsert untuk kaum Kristian yang akan menyambut sambutan Hari Natal pada 25 Disember 2008 ini..
Kalau ada pun dulu dianjurkan oleh agensi bukan kerajaan atau negeri.
Nampak dah kepimpinan kerajaan negeri perak ini diterajui oleh orang bukan Islam walaupun menteri besarnya adalah orang islam..
Apa-apa pun kalau sesiapa yang berminat menyertai Konsert Muhibbah ini bolehlah beramai-ramai ke stadium Indra Mulia, Ipoh pada 27 Disember 2008 ( Sabtu ) dua hari sebelum umat islam menyambut Maal Hijrah.

Tuesday, November 25, 2008

JAWATAN KOSONG PEGAWAI VETERINAR KEDAH



Terdapat beberapa jawatan kosong di Jabatan Veterinar Negeri Kedah apabila kerajaan negeri itu meluluskan ladang ternakan babi di Bukit Selambau baru-baru ini.

Kerajaan negeri akan mengutamakan kepada rakyat jelata jelapang padi khususnya kepada kaum hawa memandangkan babi yang di ternak sangat manja dan comel.

Jadi apa tunggu lagi...cepat isi borang di jabatan veterinar negeri kedah.
Macam-macam ada...

Friday, November 14, 2008

AYAH PIN KEMBALI LAGI..


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Polis mengesan ketua kumpulan ajaran sesak Ayah Pin yang lari ke Thailand pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu pihaknya tidak dapat menangkap lelaki tersebut kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Terengganu.

''Pelbagai usaha dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menangkap Ayah Pin dan membawanya ke muka pengadilan.

''Bagaimanapun, setakat ini di mana Ayah Pin, kita tak tahu tetapi usaha sedang dilakukan, kalau mana-mana pihak ada maklumat beritahu kita untuk diambil tindakan lanjut," katanya.

Sehingga kini, orang ramai masih tertanya-tanya di mana Ayah Pin dan kehilangannya menjadi misteri yang belum terjawab sehingga sekarang.

Kawasan perkampungan ajaran sesat, 'kerajaan langit' di Kampung Batu 13, Hulu Besut tempat tinggal Ayah Pin kini dilaporkan berada dalam keadaan terbiar dan tidak terurus berbanding empat tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkampungan tersebut yang menjadi tempat tinggal Ayah Pin terbiar dan yang tinggal bekas tapak dewan besar, replika gergasi seperti teko dan kapal yang sebelum ini menampakkan kemewahan kumpulan ajaran sesat tersebut.

Malah, pintu masuk ke perkampungan tersebut yang terdiri daripada kira-kira 15 buah rumah telah ditutup.

Kemanalah hilangnya ayah pin nie ye..dh bertahun-tahun polis tak jumpa.
Mungkin Ayapan boleh menjawab tentang perkara ni..

Thursday, November 13, 2008

MB Perak Mengamuk Lagi



IPOH 12 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Kejadian berlaku semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di dewan makan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini apabila jurugambar, Mohd. Najib Mohd. Nor, 28, merakamkan gambar Mohammad Nizar menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Surat itu disampaikan oleh wakil firma guaman Shafee & Co. menuntut Menteri Besar menarik balik tuduhannya bahawa Mohd. Tajol Rosli terlibat dalam konspirasi politik membabitkan penangkapan dua Exco kerajaan negeri ini oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, jurugambar Utusan Malaysia telah diherdik dan diminta keluar dengan berkata ''Go.. go..".

Selepas meminta Mohd. Najib keluar, Mohammad Nizar kemudian dengan memanggil semula Mohd. Najib.

''Woi, mari sini. Saya nak memory card kamera tu," katanya.

Mohd. Najib bagaimanapun enggan menyerahkan kad tersebut tetapi bersedia memadamkan gambar yang diambilnya itu di depan Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, Menteri Besar itu meminta kamera untuk memastikan gambar- gambar tersebut telah dipadamkan.

Selepas membuat pemeriksaan, beliau menyerahkan kamera itu kepada Setiausaha Akhbarnya, Anuar Hashim bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Tidak lama selepas itu, barulah kamera berkenaan diserahkan semula kepada Mohd. Najib.

Mohammad Nizar kemudian bertanya lagi kepada jurugambar itu ''Siapa beri keizinan ambil gambar ini? Awak dari mana?"

Wakil syarikat guaman Shafee & Co. itu kemudiannya diminta menyerahkan surat tuntutan tersebut di pejabat Menteri Besar.

Penyerahan surat tuntutan yang sama juga dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Ngeh Koo Ham di pejabatnya.

Ekoran peristiwa tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar yang kebetulan berada berhampiran dewan makan, membuat bantahan pada sesi sidang DUN.

Raja Ahmad Zainuddin menyatakan beliau kesal dengan kekasaran Menteri Besar itu terhadap jurugambar Utusan yang kemudiannya mencetuskan pertikaman lidah sebelum ditenteramkan oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong.

Hmm..entah la pe nak kata lagi, dapat MB yang panas baran..habis semua di marahnya. Cina DAP tak nak plak dia marah..

PERAK BUMI MAKSIAT DI BAWAH PAS



Polis menggesa kerajaan Perak dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatal lesen pengusaha pusat hiburan yang menggunakan wanita-wanita asing sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Ketua polis negeri Datuk Zulkefli Abdullah berkata, cadangan itu berikutan pihaknya banyak menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada suri rumah yang mengadu suami mereka sering menghabiskan wang dan masa di luar dengan mengunjungi premis-premis hiburan. "Kita tidak boleh mengabaikan aduan yang dibuat oleh suri-suri rumah berkenaan kerana nanti dikatakan pihak polis tidak berbuat sesuatu tetapi saya berharap pihak PBT juga turut membantu menangani masalah ini," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan ketua polis Perak hari ini. Beliau berkata sepanjang tempoh Januari hingga September 2008 seramai 983 wanita warganegara asing telah ditahan dalam 305 serbuan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri ketika bekerja di premis berkenaan.

"Kebanyakan wanita pekerja asing itu, berasal dari China, Indonesia dan Vietnam, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau menggunakan visa melancong untuk bekerja di premis berkenaan yang merupakan satu kesalahan. "Saya berharap kerajaan negeri atau PBT dapat membatalkan premis-premis terbabit yang dikesan sering mengambil pekerja asing tanpa sebarang dokumen bekerja di premis mereka kerana ia turut menggalakkan perbuatan maksiat," katanya. Zulkefli juga meminta syarat lebih ketat diletakkan bagi permohonan lesen itu memandangkan ada bilik-bilik khas atau tempat persembunyian GRO terbabit ketika pihak polis menjalankan operasi di pusat-pusat hiburan berkenaan

Apa ni MB Nizar..? Kata nak hapuskan pusat-pusat maksiat selepas memerintah kerajaan negeri. Jangan la gadaikan maruah islam dek kerana parti cina yang satu tu..

Monday, November 10, 2008

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Moga Cina dan India lebih memahami undang-undang Malaysia dan tidak ‘menangguk di air keroh’….

Sunday, November 2, 2008

Harga Minyak Turun Lagi.



Terbukti bahawa Kerajaan BN telah cipta sejarah baru apabila menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen baru-baru ini. Tidak pernah sebelum ini kerajaan menurunkan harga minyak dan bukan setakat itu sahaja, sepanjang tahun ini sahaja sebanyak 4 kali kerajaan menurunkan harga minyak. Masa Anwar jadi Menteri Kewangan pun harga minyak tidak pernah turun. Cayalah lagi dengan Pak Sheikh Anwar tu, kaki pusing dan belit Nombor 1 Malaysia. Bila dah dapat jawatan hilanglah nanti sembunyi kat rumah yang penuh dengna CCTV di Segambut atau sembunyi kat Washington DC ataupun di kedutaan turki.

Terima Kasih Kerajaan..!!!

NIK AZIZ PENING..TAK TAHU MANA INTAN MANA BELIAN.



"KAWE DOK PAHE APO DOH JADI DENGAN DIRI KAWE YANG SEMAKIN TERPENGARUH DENGAN ANWAR".NIK AZIZ DIPERGUNAKAN OLEH HUSAM SEBAGAI SANTAPAN UNTUK ANWAR DALAM PERMAINAN POLITIKNYA.ANWAR SEMAKIN HAMPIR MENENGGELAMKAN IDEOLOGI PAS YANG TELAH BELIAU RANCANG SEJAK DI ZAMAN UMNO LAGI.KEGIGIHAN ANWAR MENDIDIK KAMARUDDIN , HUSAM DAN MAHFUZ DALAM STRATEGI MENAMBAT HATI AHLI-AHLI PAS TELAH BERJAYA MENARIK HATI SEGELINTIR BESAR AHLI PAS SENDIRI.NIK AZIZ NAMPAK LEBIH TERPAKU DAN SERING MASUK HOSPITAL.HUSAM MENUNGGU SAAT DIMANAKAH NIK AZIZ AKAN DIMASUKAN.PAS MELAUNGKAN SYURGA .APAKAH SEMUA AHLI PAS MASUK SYURGA?

SENARAI NAMA-NAMA YANG AKAN DI ANUGERAHKAN DATUK SELEPAS DATUK SHAH RUKH KHAN

Berikut nama mereka yang mungkin mempunyai peluang untuk dianugerahkan Datuk:

Datuk Jackie Chan
Memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran The Police Story III.

Datuk Lee Hom
Mempunyai peminat d kalangan gadis tidak kira bangsa di Malaysia.

Datuk Chow Yuen Fatt
Menjalani penggambaran Anna & The King di Malaysia

Datuk Melly Goeslaw
Peka dan turut menyumbang terhadap seni muzik di Malaysia

Datuk Aznil Nawawi
Mempunyai populariti sebagai pengacara paling lama bertahan.

Datuk Asmawi Ani (Mawi)
Membawa polemik besar terhadap industri muzik di Malaysia.

Datuk Klaus Meine (penyanyi Scorpion)
Sukakan negara Malaysia dan pernah memuji negara ini melantun-lantun.

Datuk Dr. Shaaribu Setev
Gula-gula untuk mententeramkan dan juga kerana memberi kerjasama untuk tidak memberi gangguan kepada proses perbicaraan pembunuhan anaknya.

Datuk Celine Dion
Berjaya membuat konsert di Kuala Lumpur akhirnya dan persembahannya di hadiri YDP Agong.

Datuk Saiful Bukhari Azlan
Berani tampil dan mendedahkah skandal liwat Anwar Ibrahim ke atasnya.

Selebihnya, anda tentukan.

Friday, September 26, 2008

Macam-Macam Hal Anak Dara Tua Nie..



Semakin lama semakin banyak pulak bunyi anak dara tua nih.. Dulu pasal kandang babi.. Dia ni dah la beragama kristian. Kristian mana makan babi.. haram... Tapi gila nak buat kandang babi sebesar-besarnya.. Lepas tu pasal Azan subuh.. Tol-tol menghina orang Islam dan Agama Islam.. Kali nih.. Nasi, 2 biji telur rebus dan sepotong 2 timun dikata makanan anjing.. Korang tak terasa terhina ke?

Mahunya aku tak terasa.. itu la pun makanan kalo aku dah lapo n malas sangat nak masak.. nasi, telur + kicap.. Dey minachi... itu makanan manusia.. bukan makanan anjing.. ni tak abih-abih nak menghina ni ape pasal.. Orang Cina yang bela anjing pun tau.. tak penah dibuat orang bagi anjing makan nasi ngn telur rebus.. ini Teresa banyak mengong looo...

Yang nyata.. aku cukup terasa dengan kenyataan tuh.. Bagi aku.. Teresa mangKOK ni memang tak pernah menikmati kehidupan yang susah.. Hidup dalam banglo.. mana nak hidup susah.. jadi tak heran la dia dengan selamba menghina orang yang makan nasi, telur ngn timun.. Duk kempen kata nak bantu orang miskin yang hidup susah.. tp sedarkan dia yang itu la makanan orang miskin dan orang susah nak teruskan hidup.. Macam ni punya manusia pun ada ke?

Memang patut pun kene ISA.. Buat penat la ada orang Melayu yang beria tampal poster pasal mansuh ISA laaa.. Bebaskan Teresa mangKOK laa. buat itu la ini laaa.. Nak sangat bela orang hidup senang tak penah makan makanan orang miskin.. kalau tak suka tak yah la makan.. jangan dihina pulak makanan yang manusia makan !!

Thursday, August 21, 2008

DAP Akan Panggang Babi Jika Menang Di Permatang Pauh..



Lihat betapa meriahnya DAP meraikan kemenangan mereka selepas PRU-12 dengan memanggang "...."
Jika Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh mereka juga akan meraikan sebegini juga..? Mungkin DSAI akan meraikan bersama-sama dengan mereka memanggang "...."

Anda sebagai umat Islam sanggupkah melihat perkara sebegini berlaku..?

Kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh..andalah penentunya.

Tuesday, August 19, 2008

Sama,Tapi tak serupa...



Penyokong Parti Keadilan Rakyat terlalu seronok semasa penamaan undi sehinggakan mereka lupa perbuatan mereka ini sama seperti "......".

Apa-apa pun manusia mempunyai akal melakukan sesuatu perkara.

Monday, August 18, 2008

Bush Penyokong Anuar Di Permatang Pauh..?



Lihat di paparan dinding kenderaan petugas parti keadilan rakyat terdapat gambar-gambar pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Bush..?

Apakah maksud sebenar yang ingin di sampaikan oleh mereka..?

Adakah wang parti keadilan rakyat di salurkan oleh mereka..?

Pikir-pikirlh sendiri...

Ganas,Kaki Pukul & Maki Hamun..!!



Lihat kejadian yang berlaku semasa proses penamaan calon..

Penyokong keadilan rakyat dengan rakus & kejam memukul jurugambar.
Apakah dosa jurugambar itu.?

Adakah masyarakat ini yang akan memimpin negara kita pada pada masa akan datang..?

Lu pikirlah sendiri....

Saturday, August 9, 2008

APA NAK JADI..?



Wah...megahnya bendera pas berkibar di gereja..
rasanya tak de lagi bendera parti politik di malaysia ini yang mengibarkan bendera di gereja..

Apa-apa pun TAHNIAH dari suara miker..!!

Tuesday, July 29, 2008

Monday, July 28, 2008

Bila Washington Membela Pekerjanya



Pada tahun 1998, Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Apakah ketika itu Wan Azizah saja saja berjumpa atau memohon bantuan dari luar untuk membebaskan Anwar Ibrahim?



(Gambar: Dulu jumpa Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika. Kini pengganti jawatan yang sama iaitu Condoleeza Rice sebagai Setiausaha Negara juga turut membela Anwar). Mulanya pada 30 Jun 2008, Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) bersuara meminta kerajaan Malaysia agar jangan menahan Anwar atas dasar politik. Kemudian pada 17 Julai 2008, Sean McCormack, juga Jurucakap Jabatan Negara menggesa agar Malaysia adil dan saksama dalam kes Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat sangat dengan individu bernama Anwar bin Ibrahim? Ada apa-apa kaitankah dengan mereka?



(Gambar: Anwar cuba menafikan hubungannya dengan Amerika, hakikatnya ianya bukan propaganda tetapi realitinya memang ada. Sekali lagi Anwar berbohong dan berdalih). Pada 24 Julai, di Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar. "Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini," kata Rice. Sudah tiga orang dari satu pejabat yang sama memberi komen membela Anwar Ibrahim. Apakah Bush yang merestui kenyataan mereka ini? Sehari sebelum kenyataan Rice, pada 23 Julai, jam 11.30 pagi, Anwar bertemu dengan 38 orang wakil kedutaan asing di Ibu Pejabat PKR untuk memberi taklimat tentang isunya dan keadaan ekonomi semasa. Anwar beri taklimat atau mengadu pada orang asing?



Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED). Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar. Dulu pada 1998, Al Gore campurtangan. Kini, Rice, Sean McCormack dan Tom Casey pula. Ini kerana Anwar juga mempengerusikan satu yayasan yang mendapat tajaan dari pejabat yang sama dengan ketiga-tiganya orang tersebut. Pada Disember 2005, Rice pernah hadir di Bahrain untuk melancarkan Foundation For Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim. Malah FFF, turut mendapat tajaan USD$35 juta dari Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jika begitu, tidak salah sekiranya majikan campurtangan di negara lain untuk membela pekerjanya sendiri. Apakah selepas ini Bush pula akan bersuara?

PAS dan UMNO Bersatu Demi Melayu



Pada 26 Julai 2008, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya parti UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam. Nik Aziz berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam Pada 27 Julai 2008, Nik Aziz berkata “kita akan bawa usul ini ke muktamar dan saya juga akan menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini,”. Usul tersebut dibawa bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada perwakilan Pas dari seluruh negara berhubung cadangan itu. Muktamar Tahunan Ke-54 PAS akan diadakan di Ipoh, Perak pada 15 hingga 17 Ogos 2008.



"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini. Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," kata Karpal Singh dalam satu kenyataan Media pada 27 Julai 2008. Karpal turut menyelar tindakan Nasharudin Mat Isa dengan mengatakan "minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim. Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).”

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat."PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal. Siapakah anjing pemburu yang dimaksudkan oleh Karpal? Adakah Karpal sengaja buat buat tidak tahu jawatan Nasharuddin Mat Isa dalam PAS? Ini bermakna Karpal memang memandang rendah keupayaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sekali lagi Karpal Singh menentang percantuman dua parti terbesar ini, malah mencadangkan agar keanggotaan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula. Guan Eng pula meminta agar jangan ada konsep divide & rule dan eksklusif dalam parti. Ini jelas menunjukkan bahawa Karpal dan Guan Eng tidak suka melihat pencatuman semula PAS dalam Barisan Nasional. Jika begitu, lebih baik disegerakan kemasukan PAS sebagai parti ke-15 dalam komponen Barisan Nasional. Hanya inilah cara terbaik untuk memperkuatkan orang Melayu. Usah letak lagi syarat, sebelum usaha ini ditentang oleh golongan Melayu liberal dalam PAS.

Monday, July 21, 2008

UMNO & PAS : MUZAKARAH


‘‘Saya dah ada pertemuan sebenarnya dan pertemuan ini pada peringkat awal. Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah. Yang lain tak boleh tanya... (pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan,” katanya seolah-olah membayangkan muzakarah itu melibatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ditanya adakah sebarang syarat diletakkan dalam pertemuan itu, beliau berkata: “Tak ada (syarat). Buat apa kita meletakkan syarat, menyusahkan sahaja. Kita bincang dengan ikhlas apa jua pandangan yang difikirkan wajar untuk kita bincang.” demikian ulasan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO mengesahkan bahawa muzakarah sudah tiga kali diadakan dengan PAS dalam Utusan Malaysia 21 Julai 2008.

Ditanya sama ada muzakarah itu boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan parti komponen lain Barisan Nasional (BN), Abdullah berkata, hal-hal berkaitan Islam amat penting untuk dibincangkan.‘‘Pada masa ini saya belum bercakap dengan mereka (parti komponen BN), tetapi hal-hal berkaitan agama amat penting untuk kita tidak berbalah kerana kalau hal agama jadi isu politik, ia akan menjadi masalah,” tegasnya.

Sebelum ini pada 12 Julai, dalam temubual dengan Harakahdaily, Haji Hadi juga mengesahkan ada bertemu dengan pemimpin UMNO untuk berbincang bagi menyampaikan mesej Islam. Apakah ini petanda penyatuan semula PAS ke dalam Barisan Nasional kerana bertujuan untuk memperkuatkan semula politik orang Melayu? Petanda bahawa PAS sudah sedar mereka hanya dijadikan perkakas dan batu loncatan oleh Anwar demi mencapai cita citanya untuk menjadi Perdana Menteri sahaja?. Siapa lagi yang ingin turut serta dalam muzakarah ini? Moga lebih ramai lagi yang bersama demi alif, ba dan ta.

Wednesday, June 11, 2008

TUNTUTAN IFC BERJAYA

Tuntutan ke-8 Interfaith Commission (IFC) menyatakan “kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.” Pada 9 Jun 2008, salah satu dari 14 tuntutan IFC telah berjaya diadakan di Selangor.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)
Biarpun Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ?

Keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Inilah padahnya membiarkan PKR memerintah Selangor, selepas membuat kandang “sesuatu” di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di Selangor ?

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor. Xavier pakai songkok tidak seperti ahli ahli DAP di Johor. Xavier menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada dalam tuntutan ke-8 IFC ?. Di Selangor jumlah penduduk Islam ialah 4 juta orang dengan jumlah masjid ialah sejumlah 380 buah. Manakala penduduk beragama Hindu ialah sejumlah 700,000 orang dengan jumlah kuil sejumlah 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?


Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ?

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly (Ahli Parlimen Kuala Selangor) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Apakah pula pendirian Hassan Ali dan Dr Dzulkefly dengan keputusan Xavier ini ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta.

Tuesday, June 10, 2008

APA STRATEGI TUN MAHATHIR

Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO tidak ada bezanya dengan keputusan-keputusan yang diambilnya selama ini sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai negarawan. Lantaran seperti keputusan-keputusan Tun sebelum ini, ianya sukar difahami dan sukar diterima di dalam masa yang singkat.

Keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO adalah hampir sama dengan keputusan yang diambilnya pada tahun 1998 iaitu keputusan mengikat ringgit dengan Dollar Amerika dan mengadakan sekatan modal. Ianya sukar diterima oleh mereka yang memahami ekonomi sama seperti mereka yang memahami politik hari ini dan ia ditolak mentah-mentah oleh penyokong setia Anwar Ibrahim, seperti mana mereka mempersendakan keputusan terkini Tun.

Keputusan Mukhriz Mahathir untuk kekal di dalam UMNO pula dijadikan lawak jenaka untuk memperkecilkan usaha Tun tetapi sebenar-benarnya, tindakan Mukhriz itu adalah didalam sedar atau tidak, adalah sebahagian dari perancangan besar Tun untuk menggugat pentadbiran Abdullah.

Tun sudah pasti yakin bahawa Mukhriz tidak akan keluar dari UMNO sebagaimana yang diserunya. Bahkan, beradanya Mukhriz didalam UMNO akan lebih mengancam masa depan pemerintahan Abdullah dan ini adalah yang dikehendakinya.

Tindakan Mukhriz, mendesak Abdullah meletakkan jawatan segera sewaktu mengumumkan untuk terus bersama UMNO merupakan satu percaturan hebat politik yang hanya Mahathir miliki. Abdullah lebih tertekan dan ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO lebih tertekan dengan adanya Mukhriz di dalam UMNO. Kalau diambil kira pengamatan Musa Hitam bahawa keluarnya Mahathir bererti keluarnya duri dari dalam daging, maka Musa silap, kerana Mahathir masih meninggalkan duri yang besar di dalam UMNO menerusi Mukhriz.

Mahathir tidak menggesa Mukhriz untuk kekal di dalam UMNO sebagai sebahagian dari strateginya, sebaliknya Mahathir mempergunakan kesetiaan anaknya di dalam UMNO untuk menjayakan strateginya.

Apakah strategi Mahathir?

Mahathir tahu dan faham benar sejarah UMNO. UMNO yang ada sekarang adalah UMNO ciptaannya. Mahathir tahu seruannya supaya ahli-ahli UMNO keluar sementara dari UMNO tidak akan dapat menumbangkan UMNO. UMNO telah dibuktikan sejarah tidak tumbang akibat ahli-ahli keluar parti dengan majoriti ahli UMNO berakar umbi dari perjuangan Melayu yang setia kepada pemerintah. Tradisi UMNO terus berpegang kepada sumpah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun.
Mahathir juga tahu tradisi UMNO jelas dibuktikan sejarah bahawa jawatan tertinggi UMNO tidak pernah dimenangi menerusi pertandingan sebaliknya menerusi satu peralihan kuasa dengan pengunduran Presiden. Feudalisme di dalam UMNO masih kukuh, kuasa diserahkan secara bulat dan bukan dirampas menerusi undian.

Mahathir hari ini juga terus membuktikan bahawa tradisi UMNO kekal, dengan bekas Presidennya hidup di luar UMNO dan sejarah tidak menafikan kesemua bekas Presiden UMNO menghembuskan nafas terakhirnya diluar UMNO.

Sejarah juga membuktikan bahawa bekas Presiden UMNO akan lebih cenderung kepada perjuangan pembangkang secara langsung atau tidak langsung setelah tiada lagi didalam tampuk kuasa UMNO.

Mahathir tahu itu semua. Siapa yang lebih tahu tentang tradisi UMNO jika bukan Mahathir? Tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah satu lawak jenaka dan tindakan Mukhriz kekal didalam UMNO bukanlah satu penderhakaan terhadap ayahnya. Mereka yang mempersendakan insiden ini sebenarnya mereka yang daif dalam politik Malaysia.

Tetapi ada sesuatu yang Mahathir tahu, namun ramai antara kita tidak tahu.

Dari sebelum menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO lagi, Mahathir mempunyai satu sentimen unik terhadap PAS. PAS bagi Mahathir adalah satu institusi penting bagi UMNO dan PAS adalah satu elemen utama didalam penyeimbangan kuasa di Malaysia.

Mahathir sering melihat kepentingan PAS dan yakin bahawa PAS perlu ada di luar Barisan Nasional. Bahkan, Mahathir membuktikan pemahamannya itu dengan menjadi tonggak instrumental didalam menyingkirkan PAS keluar dari Barisan Nasional selepas pilihanraya 1974.

Tiada siapa yang lebih bertanggungjawab menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional melainkan Mahathir, kata-kata seorang tokoh PAS Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sewaktu kemelut itu selepas Pilihanraya 1974 masih tergiang-ngiang ditelinga saya.

Masih juga terngiang-ngiang ditelinga saya, jawapan Tuan Guru Nik Aziz didalam sidang media pada 8 Mac 2008 sewaktu mengulas kemenangan besar PAS, Nik Aziz berkata, dia tidak rela melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.

Mahathir juga tentu berkongsi intipati pengakuan Nik Aziz itu. Mahathir juga tentu tidak ingin melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional. Apatah lagi di dalam keadaan sekarang, kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional beerti hanya satu, iaitu Abdullah akan terus berada di dalam tampuk kuasa untuk masa yang lama.
Apakah Mahathir tahu dan kita sebenarnya tidak tahu bahawa ada usaha diperingkat tertinggi untuk membawa PAS kembali ke dalam Barisan Nasional? Usaha yang sebenarnya ditentang hebat diperingkat akar umbi PAS dan usaha yang sebenarnya akan mengkianati perjuangan rakyat?

Mahathir tentu terpanggil untuk memastikan usaha itu akan tidak menjadi kenyataan jika maklumat perisikan membisikkan ke telinganya bahawa usaha-usaha tersebut sedang diperingkat akhir.

Mahathir yakin ada segelintir didalam PAS yang melihat jika PAS kembali ke Barisan Nasional, PAS akan menjadi parti kedua terkuat mengikut jumlah wakil rakyat di Parlimen. PAS mempunyai 22 kerusi berbanding MCA hanya 15, PBB 14 kerusi, PRS 6 kerusi, SUPP 6 Kerusi dan lain lain komponen memiliki 4 kerusi atau kurang.

Sebaliknya di dalam Pakatan Rakyat, PAS pada waktu ini adalah Parti paling kecil dengan memiliki hanya 22 kerusi berbanding 28 kerusi untuk DAP dan 31 Kerusi untuk PKR. PAS juga adalah minoriti di Perak dan di Selangor dan tidak diiktiraf di Pulau Pinang.

Kembalinya PAS ke dalam Barisan Nasional akan menumbangkan kerajaan negeri Perak dan mengembalikan Kedah dan Kelantan ke dalam Barisan Nasional. Ini adalah kemenangan moral dan coup de tat terhebat buat Abdullah. Jika ini berlaku, harapan Mahathir melihat Abdullah tumbang tidak akan berlaku.

Mahathir juga tahu, jika PAS kembali ke dalam Barisan Nasional, sudah tentu akan mengakibatkan porak peranda di dalam PAS. Di dalam keadaan semangat bencikan Barisan Nasional begitu meluat-luat, PAS berharapan besar untuk musnah lantas akan melemahkan peranan PAS sebagai penyeimbangan kuasa di dalam politik Melayu.

Tentu sekali bila Nik Aziz menyambut keluarnya Mahathir dari UMNO sebagai sesuatu yang paling menggembirakannya, adalah kerana Nik Aziz juga tidak mahu PAS kembali ke dalam Barisan Nasional.

Apakah keputusan Mahathir keluar dari UMNO adalah sebahagian dari usaha Mahathir untuk menggagalkan kembalinya PAS ke dalam BN? Sudah pasti jika ada usaha-usaha itu ia pastinya ia akan tergendala buat sementara waktu.

Keluarnya Mahathir dari UMNO akan menyentap sebarang perundingan yang sedang berlaku secara rahsia, jika rundingan itu benar-benar sedang berlangsung, dan sudah tentu akan membantutkan usaha itu jika ada pihak sedang mengusahakannya.

Sebagai seorang yang negarawan, tindakan Mahathir meninggalkan UMNO juga amat sesuai dengan statusnya itu. Mahathir bukan milik UMNO dan perjuangan Mahathir sebagai negarawan tidak sepatutnya untuk UMNO tetapi untuk Malaysia.

Pemilihan detik pengumuman tindakan kontroversinya itu juga berkait rapat dengan khabar-khabar angin bahawa kerajaan pemerintahan Abdullah sudah hampir tumbang pada minggu lepas. Khabar-khabar angin itu juga mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sudah memiliki lebih 40 ahli Dewan Rakyat dari Barisan Nasional yang bersedia untuk menyertai penubuhan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian, tindakan keluarnya Mahathir juga mungkin adalah satu sabotaj terhadap usaha itu. Mahathir menyeru supaya ahli Dewan rakyat dari UMNO keluar dari kerajaan sekarang dan menjadi ahli Bebas. Apakah ini isyarat Mahathir kepada lebih 40 ahli Dewan rakyat tersebut?

Atau mungkinkah setelah berkali-kali usaha dilakukan oleh pihak Anwar untuk menemui Mahathir menemui jalan buntu, keluarnya Mahathir adalah sebagai memberi isyarat bahawa kini dia sudah boleh bertemu dengan bekas Timbalannya itu.

Apapun, hanya Mahathir yang lebih tahu dan yang pastinya, tindakan Mahathir keluar dari UMNO bukanlah sesuatu yang sejelas-jelasnya. Mahathir tidak akan melakukan sesuatu hanya untuk satu sebab sahaja. Mesti ada banyak sebab dan banyak yang sedang dipercaturkannya yang menyebabkan dia perlu keluar dari UMNO.

Seperti biasa, hanya masa yang akan dapat menyelongkar segala yang sedang dipercaturkan oleh Mahathir. Tetapi, adakah masa berada dipihak Mahathir?

Ezam Kembali Bersama Katak-Kataknya?

Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.

Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.

Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh. Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.

Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu? Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya? Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat? Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.

Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dijadikan pesta seperti dahulukala, bila ada pegawai kanan Parti Komunis Malaya menyerah diri, mereka dipaksa untuk membuat kenyataan terbuka dan menyebarkan propaganda Kerajaan. Melihat Ezam di kaca TV memberitahu bahawa beliau memohon untuk kembali ke dalam UMNO kerana kerajaan Pimpinan Abdullah adalah kerajaan yang Pro-Reform, bahkan Ezam seperti tidak tahu untuk menjelaskan keputusannya itu dan asyik-asyik berputar-putar pada kalimah ‘Pro-Reform’ mengingatkan saya disewaktu kecil dahulu menyaksikan bagaimana Musa Ahmad, bekas pemimpin kanan PKM tampil di kaca TV menceritakan mengapa dia menyerah diri.

Mengapa Ezam terjun ke dalam kapal yang hampir pasti akan tenggelam? Mengapa Ezam membiarkan dirinya sebagai tropi suasa Abdullah Badawi? Mungkin didalam darahnya ada sesudu dua darah amfibia dan menjadikan dia bersedia untuk melompat seperti katak.

Tetapi mungkin juga tindakan Ezam itu berdasarkan perancangan teliti yang memakan masa hampir setahun diperingkat perancangan. Perancangan yang diilhamkan oleh seorang ahli politik pembangkang yang amat bijaksana yang terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’.

Kembalinya Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menambah percakaran di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga di peringkat akar umbi di mana Ezam terpaksa bertapak semula. Ezam akan dilihat sebagai Pro Abdullah lantaran menambah gelodak akar umbi yang masih ingat siapa Ezam.

Kembalinya Ezam dilihat oleh akar-umbi sebagai satu permulaan kepada usaha membuka pintu kepada Anwar Ibrahim untuk kembali semula ke dalam UMNO dan seterusnya meneutralkan Najib Razak yang mungkin akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin menentang Abdullah.

Anwar Ibrahim tidak pernah menghentam kepimpinan Abdullah bahkan beberapa kali Anwar tampil dalam wawancara akhbar mempertahankan Khairy Jamaluddin.

Namun, Najib Razak tidak pernah terlepas dari menjadi sasaran pelbagai tomahan oleh Anwar. Musuh Anwar di dalam Anwar jelas nampak ialah Najib Razak dan bukan Abdullah.

Apabila Anwar memberitahu rakyat Malaysia bahawa kerajaan baru akan ditubuhkan pada bulan September, apakah Anwar merujuk kepada kerajaan Abdullah-Anwar? Apakah pada bulan September Anwar akan menyertai UMNO dan akan dilantik sebagai ‘running-mate’ Abdullah untuk pemilihan pucuk pimpinan parti pada Disember 2008.

Di dalam politik tiada yang mustahil, di dalam UMNO, yang mustahil telah beberapa kali berlaku dan tentu kita masih ingat bagaimana ‘duri dalam daging’ UMNO, iaitu Musa Hitam bergabung dengan musuh tradisinya Tengku Razaleigh untuk menjatuhkan Mahathir atau lebih jelas, untuk membunuh Razaleigh ‘once and for all’?

Segala yang berkemungkinan berupaya menjadi kenyataan dan buat masa terdekat, jelas sekali kemasukkan Ezam ke dalam UMNO menambahkan lagi kekusutan yang UMNO hadapi.

Siapakah yang mendapat habuan dari bertambahnya kekusutan di dalam UMNO ini?

BATALKAN ISKANDAR MALAYSIA (WPI)?

Majoriti komen berkaitan kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Putih yang dikirimkan ke blog kudakepang sejak Jumaat 23 Mei 2008, mendesak pemerintah kita mengkaji semula Iskandar Malaysia supaya projek mega itu dibatalkan buat selama-lamanya.

Iskandar Malaysia diumumkan kewujudannya oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Johor Bahru, Johor, pada 30 Julai 2006.

Pada mulanya, projek mega ini hanya seluas 1,970 kilometer persegi dan dikenali sebagai Pembangunan Wilayah Selatan Johor (SJER). Kemudiannya, ia dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi kawasan seluas 2,217 kilometer persegi - tiga kali ganda saiz Singapura atau 48 kali ganda keluasan Putrajaya. Selepas PRU12, projek ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia

Sewaktu mengumumkan projek mega ini Abdullah berkata: ‘‘Ini cadangan saya. Bukan orang lain yang beri idea ini. Idea ini idea saya untuk memperkasakan pembangunan.. pembangunan yang boleh menjadi pemacu pembangunan negara kita supaya kita dapat mencapai matlamat Wawasan 2020.”


Kata Abdullah lagi, wilayah ini “memberi tanah yang begitu luas. Kawasan ini ada kelebihan. Kawasan ini mempunyai harga tanah yang tidak begitu tinggi berbanding tempat yang lain.”

Bagaimanapun, tidak lama selepas pengumuman Abdullah, satu demi satu kisah kontroversi mengenai projek mega ini mula menjelma.

Pertama sekali adalah mengenai zon akses bebas yang membolehkan sesiapa sahaja daripada Singapura masuk ke wilayah projek mega ini tanpa menggunakan apa-apa dokumen perjalanan. Perkara ini dibantah sekeras-kerasnya oleh rakyat Malaysia. Akhirnya kerajaan pun membatalkan keistimewaan berkenaan.

Seterusnya adalah mengenai penyertaan usahawan Bumiputera atas dasar merit. Maksudnya, semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diterapkan ke dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN) tidak relevan di Iskandar Malaysia. Kontroversi ini berlarutan hingga ke hari ini.

Kemudian wujud pula kisah sebidang tanah yang dipercayai sudah digazetkan oleh kerajaan untuk dijadikan pusat pemerintah pertahanan selatan oleh Kementerian Pertahanan. Gazet ke atas tanah ini dikatakan telah dibatalkan supaya tanah berkenaan dijadikan kawasan pembangunan komersil. Tiada sesiapa memberikan komen mengenai hal ini sehingga sekarang.

Terbaru sekali adalah ura-ura pembinaan sebuah jambatan raya atau super bridge daripada Singapura ke Iskandar Malaysia. Sebuah syarikat perunding dikatakan telah mengenalpasti lokasi paling sesuai untuk super bridge ini. Salah satu lokasi yang dicadangkan adalah daripada Singapura menuju betul-betul ke arah Nusajaya - pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Johor yang baru. Satu kertas kerja mengenai jambatan raya ini sudah pun dibentangkan di persidangan “North of the Border” di Ritz Carlton Hotel, Singapura, pada 27 Jun 2007.

Apa yang menarik mengenai jambatan raya adalah ciri-ciri strukturnya yang kalis bom. Setiap hala lorongnya pula adalah lebih lebar daripada jambatan biasa. Ini kerana jambatan seperti ini lazimnya dibina berasaskan keperluan ketenteraan dan lain-lain perkiraan strategik berkaitan dengannya.

Oleh itu, segolongan rakyat Malaysia prihatin pun berasa cuak dan prasangka akan matlamat sebenar di sebalik ura-ura pembinaan jambatan berkenaan yang kononnya didayausahakan oleh pihak Singapura.

Satu lagi maklumat mengenai Iskandar Malaysia yang tidak dihuraikan oleh Abdullah dan kurang diketahui oleh rakyat jelata adalah kisah di sebalik penubuhannya. Seorang blogger di Johor mendakwa bahawa penubuhan Iskandar Malaysia adalah idea Setiausaha Politik Abdullah bernama Dr. Vincent Lim, bekas anak didik Singapura dan graduan Universiti Oxford.

Sejak di peringkat gagasan, Singapura dikatakan dilibatkan sepenuhnya dalam merangka projek mega ini. Blogger yang sama mendakwa bahawa matlamat akhir Iskandar Malaysia adalah mewujudkan wilayah yang dikenali sebagai The Greater Singapore atau Singapura Raya!

Demikianlah antara profil ringkas Iskandar Malaysia. Kini majoriti rakyat Malaysia, terutamanya warga Johor, bimbang projek mega ini akan menjadi satu malapetaka di hari muka. Mereka bimbang, Iskandar Malaysia mungkin suatu hari kelak dituntut kedaulatannya oleh pihak asing.

Adakah kebimbangan seperti di atas munasabah dan perlu diartikulasikan dengan lebih tuntas dan rinci? Adakah pemerintah kita sensitif terhadap kebimbangan seperti ini? Bolehkah Iskandar Malaysia dibatalkan demi kedaulatan negara di hari muka?

Fikir-fikirkanlah dan sampaikan pandangan ikhlas anda menerusi blog ini. Salam perjuangan. – Ruhanie Ahmad

UMNO BERUSIA 62 TAHUN DALAM SITUASI DARURAT

Pada Ahad, 11 Mei 2008, UMNO menjangkau usia 62 tahun. Senario siasah yang melatarbelakangi kedewasaan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Kali ini UMNO dalam keadaan rapuh. Ia baru sahaja ditimpa bala yang dimanifestasikan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 12 kira-kira dua bulan lalu.

Hakikatnya begitu kerana dalam PRU12, UMNO yang jadi induk Barisan Nasional (BN), kehilangan kuasa pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ia gagal menebus maruahnya di Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. Majoriti undi calon-calon BN di Johor – bumi kelahiran UMNO – merosot dengan amat ketara sekali. BN juga hanya memperolehi majoriti tipis di peringkat kerajaan pusat.

Sehingga hari ini belum ada satu post-mortem secara serius dan menyeluruh dilakukan oleh UMNO. Agak sukar untuk memastikan mengapa begini realitinya. Segelintir kecil pemimpin UMNO yang lantang ke arah usaha menghapuskan musibah yang menimpa UMNO dan BN cuma disifatkan sebagai sinar dalam gerhana – kelihatan kelam, suram dan berbalam-balam.

Gagasan dan pandangan kelompok ini selaras dengan aspirasi warga UMNO dan rakyat Melayu yang jadi simpatisan UMNO di peringkat akar umbi. Malangnya, suara dan usaha kelompok ini seolah-olah dipersenda-senda dan diperkecil-kecilkan. Lebih serius lagi, suara dan usaha ini juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai penentangan kepada pucuk pimpinan parti.

Keadaan seperti ini amat ironis. Setelah ditimpa musibah sehingga kehilangan kuasa di empat buah negeri, majoriti pembesar UMNO seolah-olah masih beranggapan bahawa UMNO hari ini adalah serupa dengan yang semalam.

Walau dalam situasi darurat, mindset pemimpin besarnya masih terus berada dalam zon selesa. Walau sudah diberikan “kad merah” menerusi PRU12, pemain yang perlu dibuang padang masih terus bermain seperti sediakala. Mungkinkah ini petanda awal bahawa UMNO sedang menuju kehancuran?

Lantaran itu, 11 Mei 2008 wajar dijadikan tarikh asas permulaan UMNO membuat muhasabah diri secara ikhlas, jujur, serius dan menyeluruh. Pelbagai aspek mengenai UMNO, termasuk matlamat, falsafah, roh dan jiwa perjuangannya perlu dituntasi secara rinci.

Usaha di atas wajar dihalusi secara makro dan mikro. Antara lainnya, usaha ini wajar merangkumi aspek-aspek berikut:

Satu: Halusi semula seluruh Fasal 3 Perlembagaan UMNO untuk memastikan sama ada parti ini masih lagi “berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.”

Dua: Adakah matlamat UMNO dalam Fasal 3.1 perlembagaannya yang memaktubkan bahawa parti ini “mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara” memang benar-benar satu realiti pada saat dan ketika ini. Jika matlamat ini sudah tergelincir atau menyimpang, bukankah ianya mesti segera diperbetulkan seperti sediakala?

Tiga: Aspek insaniah di dalam UMNO perlu dirungkai dan dikaji sedalam-dalamnya. Ini penting untuk memastikan bahawa sesiapa sahaja yang dimandatkan menjunjung obor perjuangan parti di seluruh peringkat adalah pihak yang benar-benar memberikan sinar pembelaan demi rakyat jelata dan bukan diri sendiri.

Empat: Aspek insaniah ini juga perlu dikaji dan dirungkai sedalam-dalamnya supaya soal kepimpinan, kesetiaan dan kesetiakawanan dalam UMNO adalah benar-benar demi agama, bangsa dan tanahair dan bukannya demi sesuatu kelompok tertentu, lebih-lebih lagi elemen asing tertentu yang sedang berusaha mewujudkan hegemoni politik, sosial, ekonomi dan ketenteraan mengikut agenda geopolitik global dan serantau.

Lima: Berkaitan aspek insaniah ini juga, fikirkanlah keperluan mendesak supaya penerapan, pengukuhan dan penyemarakan daya juang dan jiwa perjuangan di kalangan seluruh warga UMNO, khususnya kelompok pemimpinnya, adalah keutamaan semasa yang wajar dilaksanakan secara terancang, konsisten dan berkesan menerusi satu blueprint yang mengandungi perincian etika, disiplin, prosidur dan gerak kerja yang standard.

Enam: Usaha-usaha sosialisasi siasah atau kerja-kerja memasyarakatkan UMNO wajar dilaksanakan pada setiap masa, di semua peringkat dan merangkumi pelbagai kegiatan, khususnya di sektor akar umbi.

Demikianlah antara pandangan saya selaku ahli akar umbi parti yang berusia hanya setahun lebih muda daripada UMNO. Saya mengemukakan pandangan ini demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Pendek kata, seluruh matlamat, asas dan falsafah perjuangan UMNO yang termaktub di dalam perlembagaan parti wajar dikaji dinamismenya supaya boleh dijadikan program dan aktiviti.

Aspek-aspek perjuangan yang strategik pula wajar dijajarkan semula dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020. Ini mungkin boleh membentengi apa jua usaha untuk mempolemik dan mempolitikkan kontrak sosial supaya ia tidak melunturkan seluruh ciri-ciri keindukan Islam dan Melayu-Bumiputera dalam negara yang multi-etnik.

Lantaran itu, alangkah murninya jika “amanat khas” yang akan disampaikan oleh pembesar UMNO kepada seluruh warga parti di Kuala Lumpur Ahad ini sudi menimbangkan suara akar umbi yang cetek seperti di atas.

Lantaran itu juga, amat meleset sekali jika sambutan UMNO 62 tahun tersebut hanya untuk “mengingati perjuangan para pemimpin terdahulu yang berjaya membangunkan negara sehingga rakyat pelbagai kaum menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang.”

Akhir kata, sekali lagi insafilah bahawa UMNO kini bukannya UMNO semalam. UMNO hari ini adalah UMNO yang dalam darurat. UMNO hari ini adalah UMNO yang wajar direkayasan serta diperkasakan semula. UMNO hari ini adalah parti yang dituduh sudah tidak relevan dengan zaman. UMNO ketika ini mestilah dipimpin oleh pembesar-pembesar yang berani mengakui bahawa PRU12 akan menjadi musibah yang lebih parah di hari muka jika tuntutan, hasrat dan aspirasi warga akar umbinya mutakhir ini hanya diperlekeh dan diperkecil-kecilkan.

SELAMATKAN NEGARA-BANGSA SEMPENA HARI JADI UMNO KE-62

Ikut senario politik hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin tergolong sebagai salah seorang pemimpin UMNO yang serius untuk selesaikan nasib malang yang menimpa partinya, BN, kerajaan dan masa depan rakyat jelata. Beliau berani ambil risiko menyatakan kebenaran. Beliau mengenepikan soal kedudukan demi kepentingan negara-bangsa.

Tapi agak aneh bila suara dan tindakan Muhyiddin, sama seperti suara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah, nampaknya macam tidak diterima baik oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, BN dan kerajaan. Lain-lain personaliti di peringkat pusat, negeri dan bahagian juga seolah-olah dirasuk sindrom pak turut belaka.

Jika inilah corak dan rentaknya wadah perjuangan utama negara-bangsa Malaysia, alamat haru-birulah destini kita bersama. Ini mesti dielakkan dari berlaku. Keputusan segelintir minoriti yang berkuasa tidak seharusnya dipaksakan ke atas rakyat jelata yang jadi sumber kekuasaan dan mempunyai aspirasi yang berbeza.

Saya cadangkan Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin gemblengkan minda dan tenaga dengan segera demi agama, bangsa, negara. Pemimpin peringkat negeri, bahagian dan akar umbi wajar berikan sokongan penuh kepada gabungan ini untuk menyelamatkan negara-bangsa.

Ketepikanlah polemik siapa akan jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri selepas Abdullah. Semua ini hanya diversion untuk alihkan fokus kita kepada masalah yang sebenar, mendesak, strategik dan utama.

Apa kata kalau kita mulakan misi menyelamatkan negara-bangsa ini secara serius, terancang, menyeluruh dan berkesan mulai 11 Mei 2008 – harijadi UMNO 62 tahun? Mulai tarikh ini, seluruh cawangan, bahagian dan badan perhubungan UMNO di seluruh negara perlu adakan sesi muhasabah diri. Sesudah itu, kita salurkan hasilnya kepada Mahathir, Razaleigh dan Muhyiddin. Moga-moga gerakan penuh sopan dan santun ini menghasilkan manfaat yang kita mahukan. Mudah-mudahan kita diberkati Allah dalam usaha ini. Mudah-mudahan kita berjaya.

Nota: Pandangan di atas adalah reaksi kepada posting Suara Muhyiddin (4). Cadangan ini amat menarik kerana UMNO berusia 62 tahun pada Ahad, 11 Mei 2008. Soalnya, berapa ramai warga UMNO sanggup dan sedia bertindak seperti yang disarankan oleh Putera Bentan? – Ruhanie Ahmad

UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

"Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.

Thursday, May 29, 2008

Umno Diminta Turut Buka Pintu Kepada Semua Ahlinya Yang Pernah Dikenakan Tindakan Disiplin

KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Umno perlu adil kepada semua anggotanya yang pernah dikenakan tindakan disiplin tetapi ingin menyertai semula parti itu.

Beliau berkata kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno seharusnya membuka ruang kepada semua anggota Umno yang pernah dikenakan tindakan disiplin untuk turut kembali menyertainya.

"Kita tidak mahu hanya kerana Ezam yang mahu masuk semula menyertai Umno, kita terima semula. Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin, adakah Umno juga akan menerima mereka semula?" katanya bagi mengulas penyerahan borang keahlian Umno oleh Ezam kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Ezam merupakan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ezam masuk UMNO tanpa syarat

KUALA LUMPUR 28 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO adalah tanpa syarat dan tidak akan diberikan layanan istimewa.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, Mohamad Ezam kembali ke parti itu kerana mahu membantu perjuangan UMNO.

"Kemasukan Ezam tak ada syarat apa-apa. Tak ada keistimewaan apa-apa. Dia pun tak minta jawatan apa-apa. Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti," katanya.

Pada sidang akhbar bagi mengumumkan kemasukan semula Mohamad Ezam ke dalam UMNO di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.

Menjawab soalan mengenai langkah Ezam itu memberi satu semangat baru kepada UMNO, beliau berkata, kemasukan seseorang dalam UMNO tentulah membantu kepada kekuatan parti.

"Kalau tidak, buat apa nak masuk UMNO. Tentulah ada niat untuk berjuang sama-sama dalam UMNO. UMNO adalah parti politik bukan sebuah syarikat. Kalau syarikat, nak (cari) untung," katanya.

Ditanya sama ada sumbangan daripada Ezam mungkin berbeza berbanding jika anggota biasa menyertai UMNO kerana sebelum ini beliau memegang jawatan kanan dalam PKR, Perdana Menteri berkata: "Oh begitu ke? Kita tengoklah nanti apa akan berlaku."

Mengenai imej Ezam yang kuat dibayangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah berkata, Ezam ikhlas dan kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong UMNO.

Katanya, semasa di luar UMNO, tentulah Ezam menjadi kritikal dengan apa yang berlaku dan kini beliau sudah bertukar fikiran.

"Mungkin kerana dia insaf serta sudah berada di kedua-dua belah pihak, mungkin UMNO adalah lebih baik untuk menjadi landasan perjuangannya.

"Patut kena tanya dia (perkara ini). Keistimewaannya ialah dia sudah berada di parti lain di bawah kepimpinan lain dan dia berasakan UMNO lebih baik. Itu yang istimewanya," kata Abdullah.

Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO tidak dibawa berbincang dalam hal ini tetapi pergerakan itu serta pemimpin-pemimpin parti lain tidak ada bantahan.

Beliau turut menjelaskan, soal Ezam boleh bertanding untuk jawatan pada perhimpunan agung parti Disember ini perlu dirujuk kepada perlembagaan parti.

Ditanya sama ada UMNO sedia menerima anggota lain PKR yang mahu mengikut langkah Ezam, beliau berkata, perkara itu akan diteliti dan bergantung kepada individu terbabit.

Abdullah Terima Ezam Masuk Umno

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu menerima bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam Umno.

"Kemasukan Ezam, tak ada syarat apa-apa. Boleh terima dah. Tak ada keistimewaan apa-apa.

Dia pun tak minta jawatan apa-apa.

Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas Ezam menemui beliau di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Abdullah, yang juga Presiden Umno, berkata Majlis Tertinggi Umno tidak membantah kemasukan semula Ezam ke dalam Umno.

Ditanya sama ada langkah Ezam itu memberi satu semangat baru kepada Umno beliau berkata kemasukan orang menyertai Umno tentulah membantu kepada kekuatan Umno.

"Kalau tidak, buat apa nak masuk Umno. Tentulah ada niat untuk berjuang sama-sama dalam Umno. Umno adalah parti politik bukan sebuah syarikat. Kalau syarikat, nak (cari) untung," katanya.

Ditanya sama ada sumbangan daripada Ezam mungkin berbeza berbanding jika anggota biasa menyertai Umno kerana sebelum ini beliau memegang jawatan kanan dalam PKR, Abdullah berkata : "Oh gitu ka? Kita tengoklah nanti apa akan berlaku."

Pada akhir sidang akhbar oleh Perdana Menteri itu, Ezam menyerahkan borang permohonan menjadi anggota Umno seumur hidup dengan yuran RM100 kepada Abdullah. Borang itu kemudian diserahkan kepada Setiausaha Kerja Umno Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim.

Abdullah berkata Ezam mahu pulang ke Umno dan akan terus berjuang dalam Umno mengikut matlamat dan tujuan parti itu.

Ditanya mengenai imej Ezam yang kuat dibayangi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah berkata Ezam ikhlas mahu kembali dan akan dilihat kemudian bahawa kemasukannya boleh memberi ruang kepada orang lain menyokong Umno.

Katanya Pemuda Umno tidak dibawa berbincang dalam hal ini tetapi pergerakan itu tidak ada bantahan.

Abdullah berkata sama ada Ezam boleh dibenarkan bertanding untuk jawatan pada perhimpunan agung Umno Disember nanti perlu dirujuk kepada perlembagaan parti.

Perdana Menteri berkata bahawa semasa di luar Umno, tentulah Ezam menjadi kritikal dengan apa yang berlaku dan kini beliau sudah bertukar fikiran.

"Mungkin kerana dia insaf serta sudah berada di kedua-dua belah pihak, mungkin Umno adalah lebih baik untuk menjadi landasan perjuangannnya.

"Patut kena tanya dia (perkara ini). Keistimewaannya ialah dia sudah berada di parti lain di bawah kepimpinan lain dan dia berasakan Umno adalah lebih baik. Itu yang istimewanya," kata Abdullah.

Ditanya sama ada Umno boleh menerima anggota lain daripada PKR yang mahu mengikut jejak langkah Ezam, beliau berkata Umno akan melihat dulu perkara itu dan melihat individu itu terlebih dahulu.

Ezam juga belum diberikan tugasan tertentu oleh Umno pada masa ini, kata Abdullah.

Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum PKR diwujudkan) pada 1999, Ezam, 41, adalah Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 hingga 1996, Setiausaha Pemuda Umno Selangor dari 1996 hingga 1998 dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dari 1996 hingga 1998 dan merupakan felo Institut Kajian Dasar dari 1998 hingga 2005.

-- BERNAMA

Wednesday, May 28, 2008

Kebebasan Bersuara Bukan Alasan Untuk Menghina, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan orang atau menghina agama lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Jika inilah keadaannya, maka tidak adalah undang-undang melarang fitnah atau undang-undang yang menghukum mereka yang mencetuskan keganasan kaum," kata Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini. Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kebebasan bersuara adalah hak asasi, bukannya mutlak," katanya.

Abdullah berkata memang sukar untuk menentukan perbezaan antara rasa tidak hormat dan percanggahan pendapat, serta antara pendapat dan pemikiran yang membawa fitnah atau yang menghasut.

"Dalam hal ini, saya berpendapat pembaca, baik media tradisi atau media baru, perlu tahu dan matang untuk membezakan antara fakta dan sindiran dan tuduhan tidak berasas.

Abdullah berkata kerajaan akan terus menyokong kewartawanan beretika dan agensi atau syarikat yang melaksanakannya.

"Kita tahu dan terima bahawa media memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan negara. Ia juga penting kepada tadbir urus yang baik," katanya. Perdana Menteri berkata negara memerlukan satu media yang bebas dan bertanggungjawab.

Abdullah juga mencadangkan diperkenal dasar yang boleh memantapkan penggunaan media memandangkan teknologi komunikasi baru mampu menjadi alat untuk tadbir urus yang baik.

Teknologi komunikasi baru amat membantu ke arah meluangkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan, kata Perdana Menteri.

"Bagaimanapun, rangkaian dan infrastruktur yang lemah masih menjadi penghalang kepada usaha menyelesaikan masalah pembangunan. Masih ramai rakyat kita tidak mempunyai akses kepada teknologi ini," katanya.

Oleh itu, kata Abdullah, media tradisi seperti televisyen, radio dan akhbar, terus memainkan peranan itu.

Dalam meluaskan infrastruktur jalur lebar, usaha perlu dijalankan untuk memastikan kebaikannya tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, katanya.

"Kita perlu meningkatkan mutu latihan tenaga kerja untuk membantu dalam pertumbuhan sektor maklumat dan komunikasi," kata Perdana Menteri.

Beliau juga mencadangkan agar usaha dilakukan untuk membangunkan kandungan tempatan bagi menghapuskan perbezaan bahasa yang merupakan halangan besar kepada kemunikasi.

Abdullah berharap media tidak akan menggugat keharmonian kaum dan agama sehingga memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Ini sememang sukar kerana terdapat media yang memenuhi kehendak kaum berbeza yang mempunyai sensitiviti agama tersendiri," katanya.

Mengenai media baru, beliau berkata media tradisi mampu mengekalkan kelebihannya walaupun ia kehilangan penguasaan dalam menarik pembaca.

Kepada pengamal media tradisi, beliau berharap mereka akan terus berpegang kuat kepada nilai-nilai seperti ketepatan, kebijaksanaan dan kesaksamaan.

"Nilai-nilai inilah yang membezakan anda dengan lambakan maklumat yang kita ada sekarang," kata Abdullah.

-- BERNAMA .

Tuesday, May 27, 2008

Kerajaan Pantau Semua Pulau

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau semua pulau dalam perairan negara bagi memastikan peristiwa kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh tidak berulang, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

"Kerajaan memang sedar dan tahu tentang pengajaran yang kita dapat daripada kes tersebut. Maka kerajaan sekarang akan terus melihat mana-mana pulau yang terdapat dalam perairan Malaysia supaya kita pastikan bahawa kita tidak akan terlepas pandang pada masa akan datang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) ketika menggulung perbahasan usul penyusunan semula Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri yang diserapkan ke Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan kini dikenali sebagai Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Dr Mohd Puad turut membangkitkan isu Pulau Pisang dekat Pontian, Johor yang berkemungkinan menerima nasib yang sama seperti Pulau Batu Puteh ekoran kelemahan sistem pendokumentasi negara.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan gesaaan rakyat kepada kerajaan untuk segera merangka pembangunan di Pulau Pisang ekoran keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Pulau Batu Puteh yang menyaksikan hak kedaulatannya diberikan kepada Singapura.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata Arkib Negara telah menubuhkan unit khas yang bertujuan mengadakan penyelidikan tentang dokumentasi mengenai warisan dan khazanah negara yang bertujuan mengelakkan berlakunya kelemahan dalam sistem pendokumentasian.

"Unit khas ini akan mengadakan penyelidikan dan mengumpul dokumentasi sejarah negara... hanya yang penting sekarang adalah daripada segi keberkesanan tugas tersebut," katanya.

Ahmad Husni berkata semua agensi atau jabatan yang terlibat dalam aktiviti pendokumentasian ini memberi kerjasama penuh kepada agensi khas ini.

"Unit ini akan mengumpul maklumat daripada jabatan dan agensi dan yang penting jabatan dan agensi harus memainkan peranan supaya lebih banyak maklumat boleh diperolehi," katanya.

-- BERNAMA

Boikot Utusan dan Mingguan Malaysia bermula hari ini ! - Pakatan Rakyat

Terkini!!! KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.

Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit.

Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah. "Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya.

Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender,

"Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya.

"Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

Selangor haramkan Islam Hadhari

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

"Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah ImageSelangor ini dan bukannya Islam Hadhari," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.

Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.

"Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, " katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

"Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

"Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa," katanya seperti dilapor Agendadaily.