Monday, June 14, 2010

KELEBIHAN BULAN REJAB DALAM ISLAM


Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

ANTARA PERISTIWA - PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.


Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

PERAK AMANJAYA


Untuk menyemarakkan pencapaian matlamat gagasan 1 Malaysia, Kerajaan negeri Perak melaksanakan wawasan Perak Amanjaya.


Perak Amanjaya turut mencapai aspirasi membawa keamanan dan kejayaan kepada kerajaan negeri Perak serta menjanjikan Peluang Yang Berkualiti, Pendapatan Yang Berkualiti dan Kehidupan Yang Berkualiti untuk semua rakyat Negeri Perak.

Marilah kita jayakan Perak Amanjaya..!!!

Piala Dunia 2010


Pasukan manakah yang menjadi pilihan anda...?

Bermulanya sepak mula bola sepak piala dunia 2010 yang berlangsung pada 11 jun sehingga 11 julai 2010 di Benua Afrika.

Nizar Jamaluddin Letak Jawatan Presiden PAFA


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berkuatkuasa hari ini.

Dalam pesanan ringkas yang saya terima beliau mengesahkan dengan katanya " ana dan rakan dah letak jawatan presiden pafa jam 1 tgh tadi "

Dalam satu kenyataan lain yang dikeluarkan hari ini beliau berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas mengambil arahan dan pendirian pimpinan negeri serta rakan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, pelantikan beliau sebagai Presiden PAFA sebelum ini atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak ke-10 dan atas perkenan Sultan Perak.

UPDATE BLOG...


Dh lama rasanya aku tidak meng"update"kan blog, kini tiba la masanya...!!!

Thursday, September 3, 2009

PEMBANGKANG YANG GILA KUASA


Pakatan Rakyat terus mencetuskan kehuruharaan dan memperdaya rakyat dengan agenda dan lakonan yang cukup mantap. Semalam (2 september 2009) mereka sekali lagi telah mengadakan Sidang DUN "HARAM". Pada mulanya mereka akan mengadakan Sidang tersebut di "Bawah Pokok" tempat dimana mereka mengadakan Sidang DUN "HARAM" pada 3 mac yang lalu. Entah tiba-tiba mungkin terasa panas kot mereka mengadakan Sidang DUN di Hotel Heritage, Ipoh. Wah..mewah betul mereka ni...

Malah, mesyuarat di hotel itu dipercayai sudah diatur lebih awal kerana ballroom berkenaan menyediakan susunan tempat duduk Adun DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Barisan Nasional (BN) yang lengkap dengan tanda nama kawasan DUN masing-masing, kecuali untuk tujuh Adun BN termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang digantung dan tiga Adun Bebas yang didakwa sudah meletak jawatan. Sivakumar yang mempengerusikan sidang itu duduk di pentas utama, tempat paling tinggi seperti susun letak dalam Sidang DUN sebenar, manakala Adun pakatan pembangkang duduk di sebelah kanan bekas speaker itu yang biasanya dikhaskan untuk wakil rakyat kerajaan. 'Setiausaha DUN', Misbahul Masduki Munir pula duduk di depan Sivakumar, manakala Adun Pasir Panjang (Pas), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin duduk di kerusi paling dekat dengan 'speaker', tempat yang secara tradisinya dikhaskan untuk Menteri Besar. Hanya 23 Adun Pakatan Rakyat menghadiri sidang berkenaan selepas tiga lagi Adun pembangkang ditahan polis, manakala Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengerjakan umrah.


Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi, suasana di hadapan Bangunan Darul Ridzuan tegang apabila Adun pakatan pembangkang tidak menghiraukan amaran polis supaya beredar dari kawasan berkenaan, sebaliknya cuba merempuh barisan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Pertikaman lidah turut berlaku antara Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dengan polis sehingga menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan tidak terkawal. Berikutan itu, polis terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menahan Ngeh serta Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Malim Nawar, Keshvinder Sigh kerana berkelakuan agresif. Ngeh ditahan pada jam 10.04 pagi, diikuti Chan tiga minit kemudian serta Keshvinder. Jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan See Yee turut ditahan kerana cuba melanggar arahan polis yang meminta orang ramai bersurai.

Lebih 100 anggota polis dan FRU mengadakan sekatan laluan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan seawal jam 7 pagi bagi mengawal keadaan. Dua trak FRU dilengkapi meriam air, enam trak polis dan lebih lima unit peronda serta motosikal berkuasa tinggi turut ditempatkan di beberapa lokasi utama sekitar bangunan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara itu, kira-kira jam 11 pagi Mohammad Nizar dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta beberapa Adun pembangkang kelihatan tiba di bangunan FRU, Kampung Simee dipercayai bagi membebaskan tiga Adun yang ditahan polis. Keadaan sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan pula kembali tenang sekitar jam 11.30 pagi, namun polis masih meneruskan kawalan bagi menjamin keselamatan awam.

Psstt : Tahu-tahu je deme dh usulkan 7 usul, usul yang kat bawah pokok pun tak terbuat.

Tuesday, September 1, 2009

MINYAK NAIK...!!!!


Bermula 1 September 2009 kerajaan menaikkan harga runcit petroleum sebanyak 5-25 sen bagi setiap jenis minyak.
Bermula 1 September 2009 juga kerajaan mewujudkan minyak jenis Ron 95 mengantikan Ron 92 yang kurang mendapat sambutan dari masyarakat.
Berikut adalah harga minyak di pasaran :

Ron 95 = RM 1.80
Ron 97 = RM 2.05
Diesel = RM 1.70

SALAM KEMERDEKAAN KE - 52



Salam kemerdekaan ke-52 buat rakyat Malaysia.
Bersama kita mempertahankan kemakmuran, kesejahteraan dan kemakmuran yang selama ini kita kecapi.

MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!