
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan menolak jika ada tawaran untuk berada pada jawatan tertinggi dalam teraju pakatan pembangkang. Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak untuk berada di jawatan tersebut kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan 'lulus ujian'.
"Kalau saya diberi peluang, saya nak beri jawatan saya (Mursyidul Am) kepada Anwar kerana Anwar ini jenis orang yang lalui segala tahap peperiksaan.
"Allahyarham Fadzil Noor telah cadang Anwar masa dia masih hidup lagi, ketika zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Anwar telah lalui pelbagai dugaan fizikal dan moral.
''Beliau lepas segala cubaan ini, orang ini paling layak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir, Presiden persatuan tersebut, Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.
Simposium yang bertemakan keseimbangan biologi ke arah kelestarian hayat itu diadakan selama tiga hari bermula semalam dan disertai seramai 250 ahli akademik serta mahasiswa dari seluruh institut pengajian tinggi.
Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 yang berakhir semalam, perwakilan dari Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai 'Mursyidul Am' bagi pakatan pembangkang kerana kewibawaan dan kejayaannya mentadbir Kelantan selama 20 tahun. Di dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan atau keputusan yang diambil oleh parti itu.
Menteri Besar Kelantan itu dikatakan wajar diberi kedudukan yang lebih tinggi kerana kepimpinannya diterima pelbagai pihak dalam komponen pakatan pembangkang. Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan cadangan itu tidak pernah dibincangkan malah mempertikaikan laporan media kerana tersalah tafsir kenyataan Wan Kharizal.
Ulasan Saya1. Saya sangat ketawa tatkala membaca berita di atas. Jelaslah Nik Aziz langsung tidak mengenali Anwar Ibrahim. Politik dan Agama sudah tidak ada bezanya lagi bagi Nik Aziz. Anwar dari kaca mata Nik Aziz merupakan insan suci dan bersih, sebersih-bersihnya. Bagi Nik Aziz, mana-mana pihak yang menyokong PAS, maka itulah Islam. Jika Tun Mahathir hari ini menyertai PAS, saya yakin hari ini jugalah Nik Aziz akan memuji Tun Mahathir, dan segala caci-maki PAS terhadap Tun Mahathir akan hilang sama-sekali. Dan segala dosa Mahathir akan dibersihkan oleh PAS. Malah, tidak hairan jika Mahathir juga layak dicalonkan sebagai Mursyidul Am PAS.
2. Nik Aziz telah banyak merosakkan PAS dan perjuangannya. Fahaman politik Islam yang dipegang oleh Nik Aziz sangat mengelirukan. Malah, kata-katanya juga terlalu banyak bercanggah dan bertentangan dengan ramai ulama. Namun, atas nama politik, Nik Aziz bebas berkata apa-apa sahaja yang beliau suka.
3. Nik Aziz perlu berundur dari politik. Umat Islam rosak kerana adanya ulama yang semacam ini. Nik Aziz menjadikan politik sebagai segala-galanya.
4. Nik Aziz terlalu yakin Anwar Ibrahim begitu bersih, dan terlalu yakin kononnya Anwar teraniaya dan dizalimi. Namun demikian, satu hari nanti - seandainya Nik Aziz masih hidup, beliau pasti akan menyesal dengan segala keyakinannya terhadap Anwar Ibrahim.
5. PAS dan Nik Aziz tidak akan bertahan lama. Perjuangan Nik Aziz dan PAS sudah terpesong. Mereka tidak lagi zuhud dan berdakwah. Sebaliknya, mereka mahukan kuasa. Yakni kuasa dari tangan orang lain. Percayalah, kuasa yang dikejar dan direbutkan oleh PAS ini, tidak hanya menghancurkan diri mereka sendiri, bahkan akan menghancurkan umat Islam Melayu di Malaysia.
6. Kesimpulan saya adalah mudah, kepada sesiapa yang berminat menjadi Mursyidul Am PAS berikut adalah 10 cirinya.
1. Ahli PAS atau PKR yang sangat membenci UMNO dan terlalu taasub kepada parti sendiri
2. Taasub kepada kehebatan diri sendiri
3. Tidak boleh ditegur atau dikritik
4. Mempunyai ramai penyokong yang taasub dan membabi-buta
6. Mampu mengeluarkan fatwa dan hukum mengikut kepentingan politik PAS/PKR/DAP
7. Mampu memusingkan kebenaran awalaupun sudah tertera di dalam al-Quran dan As-Sunnah
8. Mampu meletakkan kepentingan politik PAS/PKR/DAP melebihi daripada segala-gala kepentingan lain. Jika berlaku pertindihan antara kepentingan parti politik dengan kepentingan Islam, maka pandai-pandailah memutar-belitnya melalui tafsiran diri sendiri, agar ia kelihatan halal dan sah di sisi Islam.
9. Berupaya mengeluarkan hukum Kafir, Fasik, Murtad, Sesat, dan Bidaah secara sewenang-wenangnya kepada mana-mana ahli-ahli UMNO.
10. Jika dahulu syarat untuk menjadi ahli Dewan Ulama PAS mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Syariah atau Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, tetapi sekarang cukuplah sekadar apa-apa ijazah, dengan syarat seseorang itu fasih membaca al-Quran, Hadis, dan sikit-sikit pengetahuan bahasa Arab macam Anwar Ibrahim